Thursday, 24 October 2013

Tuning Guitar

Jom sama-sama betulkan tune gitar kita sebelum memainkan lagu, agar lagu jiwang kita taklah menjadi lagu kanak-kanak rebina. Aihhh.. susah juga nak explain dalam perkataan ni. Macam ni lah erk.. Cuba letak gitar dalam keadaan seperti gambar bawah ni.


Fokus pada fretboard yang ke-5 dari kiri iaitu Fret Markers. Sekarang baiki ketegangan tali yang paling tebal mengikut cita rasa anda, tapi jangan tegang sangat takut tali yang bawah akan jadi terlalu tegang dan putus. Mengubah ketegangan tali dengan memutarkan peg ( dalam kotak merah ).

Sila rujuk gambar di atas:

Sekarang tekan tali di titik merah, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali kedua sahaja).
Pastikan bunyi tali yang ditekan titik merah sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali kedua. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali kedua, dengan memutar-mutarkan peg kedua atau peg tengah.

Sekarang tekan tali di titik biru, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali ketiga sahaja).
Pastikan bunyi tali yang ditekan titik biru sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali ketiga. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali ketiga, dengan memutar-mutarkan peg ketiga.

Sekarang tekan tali di titik hijau, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali keempat sahaja). Pastikan bunyi tali yang ditekan titik hijau sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali keempat. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali keempat, dengan memutar-mutarkan peg keempat.

Sekarang tekan tali di titik ungu, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali kelima sahaja).
Pastikan bunyi tali yang ditekan titik ungu sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali kelima. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali kelima, dengan memutar-mutarkan peg kelima.

Sekarang tekan tali di titik kuning, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali keenam sahaja). Pastikan bunyi tali yang ditekan titik kuning sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali keenam. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali keenam, dengan memutar-mutarkan peg keenam.

Okey dah siap. Untuk lebih baik, dapatkan bunyi gitar kord E, A, D, G, B, dan E seperti di bawah.


Cara Memainkan Kord Gitar

Sudah kenali gitar tapi tidak tahu macam mana nak baca kord gitar? Okey, jangan risau. Macam yang telah kita sedia maklum gitar ada 6 tali.


Apabila gitar dipetik tanpa menekan mana-mana tali atau fret (Free Strings), ia boleh menghasilkan kord E, A, D, G, B, E.




Tebal <----------------------------------------------------------------------------> Halus

Seterusnya, cara untuk baca kord dibawah:


Untuk fahami gambar kord di atas, letakkan gitar seperti kedudukan gitar berikut dan tekan mengikut contoh gambar kord-kord di atas. Demikianlah cara memainkan kord-kord gitar.

Walaubagaimana pun, gitar haruslah dibetulkan terdahulu, iaitu Tuning Guitar.

Kenali Gitar

Sebelum kita bermain gitar, kita perlulah kenali gitar terlebih dahulu. Kalau tidak kenal, macam mana nak main kan? Bak kata pepatah orang melayu, tak kenal maka tak cinta.. :) Jom bersama-sama kita kenali gitar.

Inilah bahagian-bahagian gitar. Lihat gambar di bawah :


Merujuk kepada gambar di atas, tangan kiri akan berada di bahagian fret dan neck manakala tangan kanan berada di bahagian rosette. Mohon jangan pegang terbalik ye, malu kat orang..


Ini pula gambar tangan kiri yang mana kita gunakan jari 1,2,3 dan 4 untuk menekan tali-tali gitar. Untuk pengetahuan am, gitar mempunyai 6 tali. Namun demikian, terdapat juga gitar yang bukan 6 tali, ianya dipanggil gitar tak cukup sifat atau lebih dikenali gitar putus tali. :) Lihat gambar di bawah :


6 tali yang berbeza ketebalan, dimana tali yang paling halus berada teratas dan semakin menebal apabila ke bawah. Apabila memegang gitar, tali yang paling halus akan berada di bawah, manakala tali yang paling tebal berada di atas.

Bermula dari tali paling tebal hingga ke paling halus dipetik tanpa menekan mana-mana tali atau fret (FREE STRING) akan menghasilkan not E, A, D, G, B, dan F.

Formula mudah untuk mengingatinya:
E - Elephant
A - And
D - Dog
G - Grow
B - Big
E - Ear


Teruskan pembelajaran di Cara Memainkan Kord Guitar.

Sunday, 11 August 2013

Tuduhan Sebagai Pencuri

Sebelum 2012

-Saya dituduh sebagai pencuri. Erk? :'( Sedih rasanya bila orang tuduh kita mencurikan?. Kalau mak kandung memang jaranglah kita nak jumpa ibu yang tuduh anak sendiri kan? Ini lah nasib saya tinggal dengan ibu tiri. Mana ada orang yang bukan darah daging nak percaya dengan yang bukan dari kalangan dia. Erk?Yelah, saya ni dikatakan sebagai pencuri wang yang disimpan dalam biliknya itu. Titik. ERk? Saya mencuri? Kalau saya ni pencuri, saya tak mencuri r setakat duit Rm50 tu. Saya rasa dia sendiri yang pencuri sebenarnya. Sebab duit Rm10 saya yang jatuh dalam bilik air, dia pulak lebih-lebih mengaku duit dia. Dia nyanyuk kot, pas tu saya lak yang kena.. Porrah.. tak pasal-pasal saya kena. Ya Allah Ya tuhanku, apa ni? Fitnah apa ni? Jangan la risau erk Nabilah. Ni sebenarnya fitnah kecil je. Fitnah dajal lagi besar. Memang dah menyakitkan hati saya, memang sentap rasa hati ini. Tapi ada lagi yang buat saya sentap sebab dia turut menyatakan saya seolah-olah toyol. Ouh.. erk?  saya ni toyol erk? Kenapa saya tak warna hijau pun?

 "Yang mencuri ni adalah Toyol!, Toyol kepala hitam! " itulah luahan ibu tiri ku.

 Memang nak tuju saya ni toyol pencuri la erk? Siapa lagi kalau bukan aku yang dia tuduh. Kat rumah ade 3 orang je. Dia, ayah aku, dan aku. Dia mengadu kat ayah aku, cakap kuat-kuat supaya aku dengar kot. Hendak dibiarkan sahajakah tuduhan ini? Agar dia gembira? Ermm dia dah nyanyuk la Nabilah. Please la Nabila, jangan hal macam ni pun nak jadi masalah kat kamu.

Tapi, saya pun tak tahu r. Sebenarnya saya memang sentap sangat dengan kenyataan dia. Tapi saya taknak jadi anak derhaka. Saya siap buat pengakuan lagi, tapi pengakuan ni buat dia marah pulak. Kiranya saya ni anak derhaka dah la op? Sebab wat orang tua terasa hati.. Tapi takkan saya nak biar je? Kadang-kadang hidup ni saya tak pasti tindakan saya betul ke tidak.. Erk? Dah la saya buat pengakuan tu siap bersumpah "Demi Allah" depan dia, dia pula yang macam takde makna malah memaki saya pulak. Erk?

Tak tahulah.. nak diam atau terus terang macam tu.. Kalau jawab macam derhaka, kalau diam, macam penakut pulak. So? what should I do for soon?

Tapi memang banyak kes yang menunjukkan dia yang lupa, dan bukan salah saya.. Erk?