Thursday, 24 October 2013

Tuning Guitar

Jom sama-sama betulkan tune gitar kita sebelum memainkan lagu, agar lagu jiwang kita taklah menjadi lagu kanak-kanak rebina. Aihhh.. susah juga nak explain dalam perkataan ni. Macam ni lah erk.. Cuba letak gitar dalam keadaan seperti gambar bawah ni.


Fokus pada fretboard yang ke-5 dari kiri iaitu Fret Markers. Sekarang baiki ketegangan tali yang paling tebal mengikut cita rasa anda, tapi jangan tegang sangat takut tali yang bawah akan jadi terlalu tegang dan putus. Mengubah ketegangan tali dengan memutarkan peg ( dalam kotak merah ).

Sila rujuk gambar di atas:

Sekarang tekan tali di titik merah, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali kedua sahaja).
Pastikan bunyi tali yang ditekan titik merah sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali kedua. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali kedua, dengan memutar-mutarkan peg kedua atau peg tengah.

Sekarang tekan tali di titik biru, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali ketiga sahaja).
Pastikan bunyi tali yang ditekan titik biru sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali ketiga. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali ketiga, dengan memutar-mutarkan peg ketiga.

Sekarang tekan tali di titik hijau, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali keempat sahaja). Pastikan bunyi tali yang ditekan titik hijau sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali keempat. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali keempat, dengan memutar-mutarkan peg keempat.

Sekarang tekan tali di titik ungu, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali kelima sahaja).
Pastikan bunyi tali yang ditekan titik ungu sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali kelima. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali kelima, dengan memutar-mutarkan peg kelima.

Sekarang tekan tali di titik kuning, kemudian petik tali tersebut dan petik tali di bawahnya (tali keenam sahaja). Pastikan bunyi tali yang ditekan titik kuning sama bunyinya dengan petikan tali yang tidak ditekan tali keenam. Sekiranya bunyinya tidak sama, maka baiki ketegangan tali keenam, dengan memutar-mutarkan peg keenam.

Okey dah siap. Untuk lebih baik, dapatkan bunyi gitar kord E, A, D, G, B, dan E seperti di bawah.


Cara Memainkan Kord Gitar

Sudah kenali gitar tapi tidak tahu macam mana nak baca kord gitar? Okey, jangan risau. Macam yang telah kita sedia maklum gitar ada 6 tali.


Apabila gitar dipetik tanpa menekan mana-mana tali atau fret (Free Strings), ia boleh menghasilkan kord E, A, D, G, B, E.




Tebal <----------------------------------------------------------------------------> Halus

Seterusnya, cara untuk baca kord dibawah:


Untuk fahami gambar kord di atas, letakkan gitar seperti kedudukan gitar berikut dan tekan mengikut contoh gambar kord-kord di atas. Demikianlah cara memainkan kord-kord gitar.

Walaubagaimana pun, gitar haruslah dibetulkan terdahulu, iaitu Tuning Guitar.

Kenali Gitar

Sebelum kita bermain gitar, kita perlulah kenali gitar terlebih dahulu. Kalau tidak kenal, macam mana nak main kan? Bak kata pepatah orang melayu, tak kenal maka tak cinta.. :) Jom bersama-sama kita kenali gitar.

Inilah bahagian-bahagian gitar. Lihat gambar di bawah :


Merujuk kepada gambar di atas, tangan kiri akan berada di bahagian fret dan neck manakala tangan kanan berada di bahagian rosette. Mohon jangan pegang terbalik ye, malu kat orang..


Ini pula gambar tangan kiri yang mana kita gunakan jari 1,2,3 dan 4 untuk menekan tali-tali gitar. Untuk pengetahuan am, gitar mempunyai 6 tali. Namun demikian, terdapat juga gitar yang bukan 6 tali, ianya dipanggil gitar tak cukup sifat atau lebih dikenali gitar putus tali. :) Lihat gambar di bawah :


6 tali yang berbeza ketebalan, dimana tali yang paling halus berada teratas dan semakin menebal apabila ke bawah. Apabila memegang gitar, tali yang paling halus akan berada di bawah, manakala tali yang paling tebal berada di atas.

Bermula dari tali paling tebal hingga ke paling halus dipetik tanpa menekan mana-mana tali atau fret (FREE STRING) akan menghasilkan not E, A, D, G, B, dan F.

Formula mudah untuk mengingatinya:
E - Elephant
A - And
D - Dog
G - Grow
B - Big
E - Ear


Teruskan pembelajaran di Cara Memainkan Kord Guitar.